Pages

Tuesday, October 30, 2018

Monday, March 5, 2012

Jenis-Jenis Pinjaman Perumahan Kerajaan





JENIS I: MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN YANG TELAH SIAP


JENIS II: MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

JENIS III: MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN DALAM PEMBINAAN

JENIS IV: MEMBELI TANAH DENGAN TUJUAN MEMBINA RUMAH

JENIS V: MENYELESAIKAN HUTANG PINJAMAN BANK/INSTITUSI KEWANGAN

JENIS VI: MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH PEMOHON YANG DIBELI MELALUI PINJAMAN KERAJAAN

JENIS VII: MEMBUAT KERJA UBAHSUAI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN


















PANDUAN PINJAMAN > SYARAT-SYARAT PINJAMAN

1.
Syarat-Syarat Asas
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
Warganegara Malaysia
Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
Telah disahkan dalam jawatan
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di Sabah dan di Sarawak
Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan
Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan
Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2011
Amaun pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun terendah diantara kelayakan/harga rumah/bakihutang bank @ laporan penilaian.
Untuk makluman lebih lanjut sila KLIK SINI...

Tuesday, January 17, 2012

MEMBINA RUMAH IMPIAN

Membina rumah impian

Impian membina rumah sendiri pasti menjadi idaman setiap orang,lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai keluarga.Dengan mempunyai tanah sendiri serta sumber kewangan yang boleh perolehi untuk membiayai kos pembinaan rumah,mereka boleh membinanya mengikut konsep dan citarasa tersendiri.Tetapi ada juga sesetengah daripada kita tidak mengetahui bagaimana langkah yang perlu diambil untuk memiliki rumah diatas tanah sendiri.Ada juga terkeliru dengan jawapan-jawapan berbeza yang diberikan oleh pihak tertentu.Bukan itu saja,terdapat pemilik rumah yang belum lagi menerima CF walaupun rumah sudah diduduki,ini tentulah semasa submission pelan,terdapat masaalah yang timbul.

Ada juga sesetengah pemilik rumah yang mempunyai masaalah ketika proses pertama submission pelan serta berbagai-bagai lagi masaalah lain,padahal jika pelan yang di submit itu lengkap,kelulusan pertama iaitu kelulusan untuk memulakan pembinaan dilakukan boleh diperolehi dengan satu hari sahaja (mengikut kawasan)

Sebenarnya untuk membina rumah,prosedur yang perlu dilalui bukanlah terlalu susah,Kita hanya melantik Arkitek untuk menguruskannya,tapi memanglah cas penyediaan pelan jika difikirkan agak mahal bagi pemilik rumah.Tetapi tanggungjawap yang dipikul oleh Arkitek juga agak besar,ini kerana untuk memastikan pembinaan rumah dari mula hingga mendapat CF bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah.Masa yang diluangkan untuk merekabentuk rumah,masa untuk ‘deal’ dengan pihak berkuasa lebih-lebih lagi projek mempunyai masaalah juga perlu diambil kira.

Apakah perkara yang anda perlu lakukan untuk memiliki rumah idaman?.Laman lukispelan.com saya bina khas untuk memberikan panduan kepada anda dengan memaparkan maklumat yang berkaitan dengan membina rumah/banglo,tambahan rumah,ubahsuai rumah serta yang berkaitan.anda boleh mencari maklumat yang dikehendaki mengikut kategory yang saya sediakan.Bukan itu saja lukispelan.com juga boleh menjadi sumber rujukan kepada semua pelukis pelan samada pelukis pelan Arkitek atau pelukis pelan Jurutera,para sesiapa yang masih lagi belajar didalam bidang pelukis pelan serta sesiapa saja yng menceburi bidang senibina dan kejuruteraan awam.
 

 

 Pelan Arkitek : Pelan Rumah

CADANGAN MEMBINA SEBUAH BANGLO/RUMAH 1 TINGKAT/2 TINGKAT

1-Pelan Perancang bandar (jika perlu)
2-Pelan Arkitek
3-Pelan jurutera

Pelan Arkitek merupakan pelan yang pertama harus disediakan terlebih dahulu untuk mendirikan rumah.Pelan ini menunjukkan pandangan luaran dan dalaman rumah.Sebuah pelan rumah (Arkitek) yang lengkap dan bersedia untuk submission adalah mengandungi

A-Pelan
tapak
B-Pelan lokasi
C-Pelan kunci
D-pelan lantai bawah
E-pelan lantai atas (tingkat satu)
F-pelan bumbung
G-pelan pandangan
-hadapan dan belakang
-kiri dan kanan
           

H-pelan keratan
1-1 dan 2-2
I-schematic diagramme sanitary dan plumbing
J-jadual saiz tingkap,pintu,
K-pelan pagar
L-jadual pengudaraan dan cahaya
M-pelan bangunan sementara

A-Pelan tapak
Pelan ini menunjukkan pelan lot tanah tempat rumah yang hendak dibina,ianya juga menunjukkan lot-lot lain yang berada di sekeliling lot tersebut.pelan tapak ini juga perlu dimasukkan pelan rumah ke dalam lot tanah.pelan tapak ini mesti ditunjukkan tapak rumah (pelan lantai bawah),sistem sanitary iaitu manhole,piping,septic tank,parit,limit jarak antara rumah dan lot serta lAin-lain yang diminta oleh pihak majlis.

B-Pelan lokasi
Pelan ini menunjukkan kawasan/seksyen lot tanah tersebut,juga ditunjukkan pelan dari jalan utama ke lot tanah, nama bangunan seperti sekolah,hospital yang berdekatan juga perlu ditunjukkan.

C-Pelan kunci
Pelan yang menunjukkan daerah/negeri/mukim kawasan lot.

D-Pelan lantai bawah (ground floor keyplan)
Pelan tingkat bawah yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik

E-Pelan lantai atas (1st floor keyplan)
Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik

F-Pelan bumbung (roof plan)
Menunjukkan jenis bumbung dan kecerunannya,juga perlu ditunjukkan wire mesh iaitu paip udara bagi sanitary.

G-Pelan pandangan (elevation)
Ia menunjukkan pandangan rumah dari luar

H-Pelan keratan
Pelan ini menunjukkan pandangan keratan rentas rumah

I-Shematic diagramme,isometric
Menunjukkan saiz dan jenis paip,tangki air,tangki najis,sink,basin,floor trap serta yang berkaitan dengan piping installation sanitary dan plumbing

J-Jadual pintu dan tingkap
Jadual yang menunjukkan saiz dan jenis pintu dan tingkap

l-Pagar
Pelan ini mengandungi pelan pagar dan perician untuk tempat meter air,tong sampah dan meter elektrik

K-Jadual pencahayaan dan pengudaraan
Jadual menunjukkan pengiraan ruang cahaya dan udara

L-Pelan bangunan sementara
Pelan yang menunjukkan

-pelan tapak
-pelan kunci
-pelan tandas sementara
           

-perician hoarding
-perician kabin/setor




Pelan Jurutera : Rekabentuk banglo

Pelan Jurutera : Rekabentuk banglo
Penyediaan pelan oleh pihak jurutera bagi pembinaan banglo terdiri daripada pelan r.c,pelan sanitary,pelan plumbing,pelan kerja tanah (jika perlu).semua pelan ini akan  direkabentuk setelah menerima pelan dari arkitek.setiap jenis pelan tersebut akan di hantar ke jabatan yang berbeza iaitu pelan R.C disertakan pelan arkitek perlu di submit ke Majlis.Pelan sanitary ke IWK/JPP.pelan plumbing ke PBA/SYABAS.

Pelan R.C
Pelan r.c menunjukkan rekabentuk struktur (kerangka) sesuatu bangunan,setiap saiz besi,saiz tiang,saiz beam akan ditunjukan dengan jelas dan perlu diikuti oleh kontaktor semasa
dalam pembinaan nanti.pihak jurutera akan melakukan pegawasan terhadap kontraktor supaya struktur rumah dibina mengikut pelan yang disediakan.Pembinaan rumah yang tidak mengikut rekabentuk yang betul akan mengalami  keretakan dan runtuh.

Pelan Plumbing.
Pelan plumbing merujuk kepada sistem paip bekalan air rumah.ianya menunjukan saiz paip,saiz water tank serta punca paip sediada yang akan disalurkan ke rumah.pelan ini akan di submit kepada PBA/SYABAS untuk kelulusan.

Pelan Sanitary
Pelan yang menunjukan sistem pembentungan rumah,terdapat beberapa siri submission untuk pelan sanitary,bermula dari PDC1 hinggalah PDC8.jika dilihat pelan jenis ini adalah lebih kurang sama dengan pelan plumbing kerana ianya menunjukkan saiz-saiz paip yang akan digunakan.Jenis septic tank yang disediakan adalah mengikut jumlah penghuni dan akan ditentukan oleh jurutera.(Jumlah P.E) .IWK/JPP adalah pihak yang bertanggungjawab dalam kelulusan pelan jenis ini dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pelan Kerja Tanah (Earthwork)
Pelan ini disediakan jika keadaan tapak perlu di timbun atau di korek (cut ‘n’ fill)



PELAN RUMAH



Pelan rumah adalah lukisan teknikal yang dilukis secara terpeinci dilukis oleh pelukis pelan selalunya menggunakan menggunakan program AutoCad.  Pelan yang telah siap dilukis akan dicetak kepada tracing paper yang bersaiz A1 . Daripada tracing paper akan dicetak pula menggunakan kaedah blue print sebagaimana yang dikehendakki oleh Pihak Majlis Daerah di seluruh Negara. Pelan yang biasa kita lihat dipanggil construction drawing semuanya dibuat dalam bentuk blue print .



Pelan rumah ada 2 jenis iaitu:-

1.   Pelan arkitek

Pelan arkitek mengandungi:-

·         Pelan lantai

·         Pelan pandangan hadapan dan belakang

·         Pelan pandangan sisi kiri atau kanan atau kedua-duanya.

·         Pelan keratan

·         Pelan lokasi

·         Pelan kunci

·         Pelan tapak



Pelan arkitek menggambarkan rekabentuk sesebuah rumah di mana di tunjukkan dengan terpeinci berkenaan dengan ukuran, bahan yang digunakan, rekabentuk bumbung, system bekalan air / letrik, kedudukan rumah di dalam lot tapak rumah dan lain-lain. Pelan arkitek terutamanya pelan lokasi, pelan kunci dan pelan tapak akan diserahkan terlebih dahulu ke Jabatan Perancang Bandar bagi tujuan penyemakan dan mendapatkan kelulusan dari jabatan tersebut.



Jabatan Perancang Bandar akan menyemak status lot tanah berdasarkan salinan geran tanah yang mesti disertakan bersama. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti tiada apa-apa halangan jika dibandingkan dengan draf/pelan perancangan masa depan oleh kerajaan tempatan. Contohnya kerajaan telah membuat perancangan bagi 5 tahun akan datang bagi pembesaran jalan, pembinaan sekolah dan sebagainya untuk kepentingan orang awam atau rakyat. Jika lot tanah tapak rumah anda terlibat dengan pengambilan tanah maka jabatan perancang Bandar akan menasihati anda supaya mengalih kedudukan rumah yang dirancang tetapi perlu mematuhi kehendak undang-undang kecil bangunan seragam yang yang telah ditetapkan.



2.   Pelan Pembentungan

Pelan pembentungan adalah pelan system aliran sisa-sisa air buangan dan najis seperti septic tank, waste paip, manhole dan soakway pit. Pelan septic tank dilukis mengikut sebagaimana spesikasi yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar/pengilang barangan tersebut.  Ada beberapa jenis septic tank di pasaran dan pihak pengeluar sebenarnya sudah mendapatkan sijil kelulusan sebelum ia dipasarkan dan digunakan. Pelan septic tank yang diserahkan kepada Jabatan Pembentungan di negeri seluruh Negara adalah bagi memastikan kita menggunakan septic tank yang diluluskan saja.



3.   Pelan Struktur

Pelan struktur dibuat kemudian hanya setelah pelan arkitek  sudah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran di daerah masing-masing. Pelan struktur dilukis bagi menunjukkan struktur bangunan/rumah seperti saiz dan ukuran tapak asas,grd. Beam, roof beam, tiang dan ditunjukkan saiz , ukuran dan bilangan tetulang besi yang ada dalam setiap struktur bangunan



 untuk sebarang pertanyaan dan maklumbalas sila emailkan kepada arinaardza engineering








Wednesday, June 1, 2011

BUAT RUMAH,UBAHSUAI RUMAH,PEJABAT & SISTEM KALIS AIR(WATERPROOFING SYSTEM)

Kami adalah satu-satunya syarikat BUMIPUTERA  yang menyediakan perkhidmatan seperti :-
•    Mereka bentuk ( Design ) ubahsuai  rumah / mengikut bajet dan keperluan anda.(Khidmat nasihat ubahsuai adalah percuma )
•    Menyediakan pelan rumah yang handak di ubahsuai ( mendapatkan  kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan )
•    Mendapatkan Hak Menduduki ( CF ) selepas pembinaan siap,memudahkan penjualan rumah mengikut harga pasaran(bagi rumah teres,semi D,banglo)



Pembinaan secara ‘One Stop Center’ untuk semua jenis ubahsuai :-
•    Tambahan bahagian hadapan,belakang,tepi & tingkat.
•    Rekaan dalaman :- cabinet dapur,tv,almari dll.
•    Kemasan siling dan pemasangan jubin.
•    Pemasangan jeriji tingkap & pintu.
•    Pemasangan ‘awning,polycarbonate’(mild steel,stainless steel)
•    Pemasangan elektrik,bekalan air.
•    Kerja-kerja landskap,mengecat dll





Selain daripada melakukan pengubahsuaian rumah,kami juga menyediakan perkhidmatan menampal kebocoran
(waterproofing system) dengan kaedah :-

Torch On Membrane        - Untuk ‘flat roof’ dengan ketebalan 2.5mm,3.0mm,3.5mm
Acrylic Membrane System     - Untuk ’flat roof,metal deck,asbestos’ 3 lapisan
Expansion System :-
•    Joint Sealant
•    Joint Membrane






UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI +012-364 6160

UBAHSUAI RUMAH DENGAN JAMINAN 1 TAHUN


Saturday, May 7, 2011

ARCYLIC APPLIED (ROOFING ALL TYPE)

Decorative waterproofing treatment for roofing
Uses
Nitoproof RS is a brush applied decorative treatment for old or new roofs of most normal roofing materials, including concrete, asbestos cement, corrugated roof, felt, timber etc. but excluding bitumens.
Nitoproof RS is very durable, but at the same time is very flexible so that when 'sandwiched' with Fosroc Scrim 2250, it will provide a complete roof protection.
Advantages
 Excellent opacity
 Single component
 Solvent free / Water based
 Decorative waterproofing coating.
 Simple to apply by brush.
 Economical
 Excellent adhesion to metal and concrete
 Bridges cracks.
Description
Nitoproof RS is single component, solvent free, water dispersed vinyl acetate-ethylene copolymer thus providing prolonged durability and excellent weather resistance and its latex properties completely resist ozonolysis and other oxidative degradation.
Colours incorporated are oxide pigments, thereby fully resistant to ultra violet light with no deterioration even in tropical conditions.
Nitoproof RS is also very useful for complete waterproofing with decorative finish on corroded corrugated metal sheets.

Publish Post